30 AGENDA MPST KMY


AGENDA KETETAPAN MPST KMY 

Pada 10/10/2019 - 13/10/2019 seramai 23/23  orang Guru Besar SJK T Daerah Kuala Muda/Yan telah memberi persetujuan secara majoriti melalui soal selidik yang dijalankan untuk  melaksanakan agenda-agenda seperti berikut pada tahun 2020

1.Kad Khas (PDF) akan disediakan oleh MPST KMY mewakili semua GB sempena Hari Lahir AJK. (SETUJU 91.3%)              

2.Kad Takziah (PDF) akan disediakan oleh MPST KMY mewakili semua GB. (SETUJU 95.7%) 

3.Menyediakan peraturan/perlembagaan kecil bagi MPST KMY ( SETUJU 100%) 

4.Mencari dana untuk MPST KMY bagi menganjurkan program-program berunsur akademik,koakademik,profesional tanpa menunggu saat akhir. (SETUJU 100%)

5.MPST KMY menyediakan perancangan strategik 3 tahun bagi memantapkan pencapaian SJK T di Daerah KMY. (SETUJU 95.7%) 

6.Merangka Tagline bagi MPST KMY tahun 2020 (SETUJU 100%) 

7.Penyediaan Diari Khas yang merangkumi data sekolah masing-masing untuk AJK MPST KMY Tahun 2020 (SETUJU 78.3%) 

8.Membina blog MPST KMY untuk berkongsi bahan,idea serta gambar program/aktiviti MPST KMY (SETUJU 100%) 

9.SJK T Bukit Jenun akan menyertai MPST KMY mulai Tahun 2020 (SETUJU 100%) 

10.Menyediakan Takwim MPST KMY 2020 bagi memudahkan urusan awal di PPD/JPN. (SETUJU 100%) 

11.Menganjur Continuos Professional Development (CPD) untuk Guru Besar. (SETUJU 100%) 

12.Permohonan cuti ganti bagi perayaan atau sambutan Tahun 2020 diselaraskan dan mengambil tindakan awal. (SETUJU 95.7%) 

13.MPST KMY akan menguruskan Penyediaan Modul Latihan bagi Tahun 4 & 5 Penggal I & II 2020. (SETUJU 91.3%) 

14.Jadual Peperiksaan Penggal I,Percubaan UPSR,Penggal II Tahun 2020 akan diselaraskan dan perlu dipatuhi oleh semua sekolah. (SETUJU 91.3%) 

15.MPST KMY akan merancang Bengkel Penyediaan Modul Percubaan UPSR Tahun 2020. (SETUJU 95.7%) 

16.Mesyuarat MPST KMY akan diadakan di luar waktu pejabat (Jika perlu) mengikut situasi samaada di Hotel/Restoran dan kos akan ditanggung oleh AJK. (SETUJU 69.6%) 

17.MPST KMY akan menganjurkan kursus@bengkel dan pihak sekolah sedia mencari sumbangan membiayai kos tersebut. (SETUJU 69.6%) 

18.MPST KMY boleh menganjurkan kursus@bengkel untuk sekolah yang bersetuju dalam soalan 16 & 17. (SETUJU 91.3%) TB

19.Guru Besar perlu maklum lebih awal kepada pihak pengurusan MPST KMY jika tidak dapat hadir ke mesyuarat. (SETUJU 100%) 

20.Jika kekangan masa @ surat panggilan mesyuarat tidak dapat diproses oleh pihak PPD dalam masa yang dikehendaki maka sesuatu keputusan penting boleh dibuat melalui soalselidik seperti ini @ melalui Group Whatsapp GB SJK T KMY. (SETUJU 95.7%)

21.Program/Aktiviti untuk permuafakatan dan kerjasama antara Guru Besar akan diberi keutamaan. (SETUJU 95.7%)

22.Keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat JK MPST serta whatsapp perlu dipatuhi oleh semua Guru 
Besar. (SETUJU 91.3%)

23.Bahan @ Borang atau maklumat berkaitan dengan bidang kerja akan dikongsi oleh MPST KMY melalui whatsapp group. (SETUJU 100%)

24.Guru Besar yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang akan menjadi pakar rujuk bagi membantu rakan Guru Besar SJK T yang lain. Guru Besar tersebut akan dilantik oleh JK Induk MPST KMY dengan persetujuannya. (SETUJU 95.7%)

25.Amalan terbaik SJK T Daerah KMY akan dikongsi dalam whatsapp group selepas dinilai oleh JK yang dilantik nanti. (SETUJU 95.7%)

26.PLC berkaitan bidang pengurusan untuk Guru Besar sama ada bersemuka atau melalui whatsapp akan dianjurkan oleh MPST KMY. (SETUJU 100%)

27.Pertandingan @ permainan untuk warga SJK T Daerah KMY akan dianjurkan oleh MPST KMY pada Tahun 2020. (SETUJU 100%)

28.Beberapa panitia dalam MPST akan digabungkan di bawah bidang kemanusiaan.Contoh Sejarah,PJK,PSV dsb. (SETUJU 100%)

29.Pengerusi JK Panitia peringkat Daerah Tahun 2020 akan dilantik oleh JK Induk MPST KMY.

30.Baju Koprat untuk AJK MPST KMY akan disediakan pada Tahun 2020. (SETUJU 91.3%)



No comments:

Post a Comment